Monday, 20 February 2012


MATLAMAT



Tujuan utama PJKB ditubuhkan adalah untuk Memberi perlindungan dan pendidikan kepada anak-anak yang dibawah jagaan PJKB supaya mereka menjadi anak-anak yang berperibadi mulia,  suka membuat bakti di tengah masyarakat dan boleh hidup berdikari.



1.      Memberi atau menyediakan tempat tinggal dan perlindungan kepada anak-anak yang menghadapi masalah.



2.      Memberi asuhan akhlak dan didikan dalam hal-hal ajaran Islam supaya mereka menjadi anak-anak yang sangat berguna kepada masyarakat.



3.      Memberi tunjuk ajar dan bimbingan ilmu kemahiran hidup agar mereka mampu berdikari di dalam kehidupan.



4.      Menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dan kebajikan seperti membuat persembahan nasyid dimajlis-majlis rasmi dan membuat tahlil dan doa selamat di rumah-rumah atau pejabat-pejabat yang membuat jemputan.

Sunday, 19 February 2012


Segala Pujian Bagi Allah dan Terima kasih yang sebanyak-banyaknya kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam mengusahakan dan menjayakan penubuhan atau pembukaan Pusat Jagaan Kasih Bestari (PJKB) di Kg. Melayu Subang ini.  Bermula pada tahun 2007 yang lepas sehinggalah sekarang tahun 2012 (dulunya dipanggil Rumah Amal Kasih Bestari) telah pun beroperasi selama lebih 4 tahun atas sokongan yang diberikan oleh masyarakat setempat, badan kerajaan, swasta dan individu-individu yang prihatin.



            Sabda Rasulullah SAW;

            ”Siapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka

             Walaupun dengan bersedekah sebelah buah kurma, maka

             Hendaklah dia lakukan.”

                                                            (Hadis Riwayat Muslim)